BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 17, 2011

Segulung Kertas


13 Disember, Johor Bahru -Majlis Penyerahan Anugerah Dekan kali ke-7 telah dijalankan bagi pelajar Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) yang memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan bagi semester yang lepas. Majlis disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd. Nasir bin Hj. Amir.
: : : : : : : : : :
Dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang semakin mencabar disamping tugasan-tugasan yang kian bertambah, majlis yang diadakan secara sederhana ini memberi pencetus semangat kepada pelajar dalam mencapai kecemerlangan. Anugerah ini tidak lain tidak bukan hanyalah sekadar sekeping kertas tetapi bermakna bagi sesetengah orang.

Pun begitu, pelajar seharusnya menyedari bahawa kejayaan yang diperolehi adalah ketentuan Allah SWT. Tanpa izinnya, segala usaha dan penat lelah bagi menghadapi peperiksaan tidak akan berhasil. Akan tetapi, haruslah diketahui juga bahawa Allah SWT itu Maha Adil. Usaha yang tawakal seseorang akan dibalas dengan keputusan yang setimpal. Maka, setiap individu perlu berusaha gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Keredhaan memainkan peranan penting dalam kemakbulan doa. Walau bagaimanpun, perlu diingat bahawa kerdhaan Allah dipengaruhi aspek keredhaan ibu bapa dan pengambilan bahan yang halal sama ada ilmu mahupun makanan. Oleh yang demikian, hendaklah pelajar menjaga hubungan dengan ibu bapa, memakan makanan yang baik dan halal sumbernya serta jujur dalam menuntut ilmu.

Sebagai penutup, saya menyeru kepada rakan-rakan agar bersama-sama berusaha mengejar kejayaan sama ada di dalam peperiksaan mahupun kejayaan hakiki di akhirat kelak!^^

0 comments: