BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 17, 2011

TOF (Training of Facilitator)


Tarikh : 10 dan 11 Disember
Tempat : Pejabat Sek. Sri Johor
Penganjur : KPIJ (Kesatuan Pelajar Islam Johor)

Sebuah kursus spontan telah dianjurkan oleh KPIJ untuk melatih ahli-ahli cawangan MARSAH dalam bidang kefasilitatoran. Kursus ini dijalankan secara santai tanpa terikat dengan program tentatif. Sungguhpun peserta yang terlibat hanya kurang daripada 20 orang berikutan pelbagai sebab yang menghalang, program ini terbukti member manfaat kepada para peserta dalam penyampaian ilmu yang berkaitan dengan bidang ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sama ada bercorak tutorial mahupun latihan dinamika kumpulan (LDK). Antara aktivit yang dijalankan ialah ‘ice breaking’ ,‘traffic jam’, ‘telefon rosak’, ‘kuiz korus, dan berbagai-bagai lagi. Manakala pada waktu malam, pelajar diberi kelonggaran untuk bermain futsal bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta.

Diakhir program, pelajar menjadi lebih bersemangat untuk mempraktikkan subjek yang dipelajari dalam program yang akan dating. Semoga program seperti ini akan dijalankan lagi agar dapat member manfaat kepada para remaja. Kursus berakhir pada jam 4.00 petang.

0 comments: