Pada suatu ketika, umamah, seorang kafir Makkah telah datang ke Madinah untuk membunuh nabi Muhammad. ketika dalam perjalanan dia telah terserempak dengan saidina umar. lalu beliau bertanya kpd umamah, "wahai umamah, mengapa kamu datang ke madinah?" dengan berani nya dia menjawab "aku datang utk membunuh Rasulullah!". saidina umar yg merupakan sahabat Rasulullah berasa terkejut lalu terus bergelut dgn umamah dan mengikatnya. dia dibawa oleh saidina umar menghadap Rasulullah.
Apabila bertemu dgn Rasulullah, sahabat2 baginda amat terkejut apabila perkara pertama yg Rasulullah tanyakan ialah "sudahkah kamu berikannya makanan?" saidina umar menjawab "belum" lalu Rasulullah menyuruh nya pergi mengambil segelas susu dari rumah Rasulullah utk diberikan kpd umamah. dgn rasa tidak puas hati dgn tindakan baginda, saidina umar pergi menurut perintah Rasulullah. kemudian, baginda berkata, "wahai umamah, ucapkanlah 'aku mengaku tiada tuhan lain selain Allah, dn Muhammad itu pesuruh Allah'" tetapi umamah tetap enggan hingga beberapa kali. lalu Rasulullah mengarahkn utk melepaskan umamah tanpa diapa-apakan kerana tiada paksaan dlm memeluk agama islam. sekali lagi para sahabat terkejut dgn tindakan baginda. Umamah pun pulang ke makkah. akan tetapi dlm perjalanan, dia kembali ke madinah dan bertemu dgn Rasulullah secara peribadi, utk memeluk islam. Rasulullah bertanya mengapa umamah tidak memeluk islam tadi? beliau menjawab "kerana aku tak mahu orang lain mengatakan aku memeluk agama islam kerana dipaksa" sesungguhnya Umamah memeluk islam kerana terharu dgn sifat pemaaf baginda.
Amalkanlah sifat pemaaf.^^ Maafkanlah semua orang yang pernah bersalah terhadap kita, nescaya tuhan akan membalas kemaafan itu dgn sesuatu yg lebih baik.
Sy mohon maaf atas segala kesalahan sy. Salam Aidilfitri =]
Minggu 3 : Majalah Solusi
11 years ago
0 comments:
Post a Comment