saudaraku~
sedarilah, sesungguhnya Tuhan tidak pernah menzalimi hamba-hambanya.
janganlah jua kamu berburuk sangka dengan Nya..
segala kesusahan dan keperitan yang kamu tanggungi itu adalah semata-mata ujian untukmu.
maka hanyalah Tuhan itu mengurniakan ujian untukmu dengan tujuan...
ujian-ujian yang kamu hadapi itu tidak lain tidak bukan adalah Dia hanya berharap
agar kamu kembali mengingati Nya,
agar darjat dan iman mu ditinggikan,
dosa-dosa mu yang terdahulu dihapuskan,
dan agar kamu menjadi orang yang lebih tabah..
lalu Tuhan menguji mu dengan pelbagai jenis ujian seperti kematian orang yang kamu sayangi, kesusahan hidup, penderitaan, kesakitan, dan kemiskinan..
maka hendaklah kamu sabar dan kembali mengingati Nya nescaya Tuhan akan menunjukkan jalan keluar bagi ujian yang kamu hadapi..
"Apakah mereka menyangka Kami akan membiarkan mereka mengatakan: Kami beriman, sedangkan mereka belum diuji?" Al-Ankabut,2
Remember,
"..Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.."
Minggu 3 : Majalah Solusi
11 years ago
0 comments:
Post a Comment