BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 21, 2011

Himpunan Sejuta Umat


As-Salam. . .
esok akan diadakan Himpunan Sejuta Umat. . . Korang pegi x? nak pegi xpi jauh la plak >_< event ni diadakan implikasi daripada kes penyerbuan Jais keatas gereja yang lepas. . . bagi sesape yg belum tau himpunan tu pasal ape,jom ringan2 kan mata baca info nih. . .

Objektif Himpunan Sejuta Umat

1. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
2. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
3. Memberitahu kepada rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
4. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
5. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
6. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Prinsip dan Lunas-lunas Himpunan Sejuta Umat

1. Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
2. Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
3. Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
4. Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
5. Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

perhimpunan ni diadakan tanpa campur tangan politik (kot) so Presiden Pas telah mengeluarkan kenyataan "PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,". . .

ape2 rujuk website Himpunan Sejuta Umat ae. . .
so sesiape yang berkemampuan, pakat g ramai2 k? =]

0 comments: