As-Salam!
Akhir-akhir nie banyak isu pasal agama Islam yg dimainkan kt media massa. . . dan yang paling menjadi tumpuan ialah isu pelaksanaan hokum hudud kt Malaysia. . . pelbagai pihak member pandangan sama ada dari pihak pemerintah, ahli politik, artis, golongan agamawan dan x lupe jugak orang awam. . . pelbagai pandangan yang dikeluarkan bergantung kepada pemahaman mereka trhadap isu yg dibincangkan. . . akan tetapi, kebanyakan suare yang kuat berteriak adalah golongan yang bukan ahlinya. . . maksudnya? Maksudnya ialah orang yang bukan arif dalam ilmu agama yang sibuk bersuare. . . kemana agaknya suare ustaz2, mufti2, alim ulama’ dalam isu nie? Ade. . . bukannya diorang x bersuara. . . tapi disebabkan pandangan diorang yang x selari dengan pemerintah, maka suare mereka disenyapkan oleh media . . . mcm mana bende nie boleh berlaku? Mana kan tidak? Kan media massa dikawal oleh kerajaan. . . baik dari segi akhbar, TV, radio, semuanya tak boleh menyiarkan ape2 kandungan yang berlawanan dgn pendapat pemimpin kerajaan. . . jika kerajaan kata ‘A’, maka ’A’ lah. . . aku gak sangat sedih sebab banyak kali baca pendapat sesetengah individu yang mengatakan hokum hudud x lebih daripada mainan politik. . . pada pendapat aku, diorang nih kurang kefahaman mengenai ilmu Islam. . . x banyak yang boleh aku buat bile kita x mahir berhujah, berkata2 dan menulis. . . sebab kalau ikut kan politician tu, kekuatan diorang teletak pada kata-kata diorang. . . begantung kepada macam mana dia mampu mempengaruhi rakyat. . .kalau dia bawak yg baik, baik la jadi nye, kalau dia bawak yg menyimpang, ke laut la jawabnya. . .ni x masuk lagi bab politik kotor Malaysia lagi . . . ==’
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik (Al-Maidah, ayat 49)
So kat sini aku nak teguhkan pendirian aku kpd sesape yang sudi baca entry aku ni :
1. Hudud WAJIB dilaksanakan.
2. Pemerintah dipertanggung jawab untuk melaksanakan HUDUD
3. Muslim yang tidak menurutinya dianggap BERDOSA. Akan tetapi
4. Muslim yang MENENTANG kewajipan tersebut pula hukum nya LEBIH BERAT. [rujuk Surah Al-Maidah: ayat 44,45,49]
5. Sesuai mahupun tidak hokum hudud tersebut, seorang muslim TIDAK LAYAK menolaknya.
6. Hal ini kerana, hokum hudud adalah PERINTAH WAJIB ALLAH.
7. Jika ada dua pihak yang menjanjikan untuk MELAKSANAKAN DAN TIDAK MELAKSANAKAN, maka WAJIB kita menyokong pihak yang berjanji ungtuk melaksanakannya.
8. Sekiranya ade muslim yang tidak setuju, maka hendaklah dia DIAM dan TIDAK MENENTANG.
9. Sekiranya mereka rase hudud tidak sesuai, maka hendaklah BERUSAHA mengambil tidakan yang sepatutnya agar hudud menjadi SESUAI.
10. Sekiranya KERAJAAN menyokong pelaksanaan hudud, maka aku akan MENYOKONG tanpa berbelah bagi kepada pemimpin tersebut.
11. Sesiapa yang berpendapat bahawa HUDUD tu tak lebih daripada ISU POLITIKSEMATA-MATA yang dimainkan pihak pembangkang, maka hendaklah dia merujuk kembali ALQURAN DAN ASSUNNAH.
12. Aku jugak sangat berharap agar JANGAN LAH DIPOLITIK KAN AGAMA ISLAM. . .
Kenyataan Sultan Brunei mengenai pelaksanaan Hudud :
”Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu, Kita tidak ada pilihan melainkan untuk taat kepada segala perintah Allah”
Last but not least, aku harap setiap individu yang bergelar muslim akan bersatu kembali dalam menegakkan syariat ISLAM dibumi kepunyaan Allah ini. . . INSYA’ALLAH . . .
Minggu 3 : Majalah Solusi
11 years ago
1 comments:
Semoga Allah merahmati kita semua...dan memberi petunjuk sera hidayahnya
Post a Comment